Jun 23, 2010

T Time, U Tube



Kes Saman Lama Nuar 22 August 2008 terhadap Hamzah Zainuddin..
Baca artikel unspinner dulu..
Dia yang kacau bini orang...laki orang tu pulak kena saman....itulah keadilan....

Tapi...Bila nak saman EZAM M.NOOR ? LOKMAN N.ADAM dengan JOHARI YASSIN?

I HAVE THE NUMBER....Err..Saya ada bukti...tunggu kita akan dedahkan sedikit masa lagi...Hahahahaha...Bukti Nuar hanya cerita kosong...

The lucky number is RM734,500,000

genapkan lah Nuar oi kes saman mahkamah hang ke 1 billion..ckit je lagi..baki RM265,500,000 bahagi la tiga saman kat ezam, lokman dgn johari...Wow kaya nuar! Betul-betul holiow...

Read more...

Jun 17, 2010

Aura Mahfuz Omar Patut Digeruni UMNO Selangor !

Bulan lepas 26 May 2010, ketua penerangan pas pusat, Idris Ahmad yang sealu ketinggalan berita semasa datang ke markaz PJ Selatan bagi ceramah pasal judi bola walaupun masa tu semua orang dah tau kerajaan dah maklumkan itu hanya cadangan sahaja..Tapi deris ni cerita bagai nak rak macam penduduk PJ selatan tak tau hukum yang judi tu haram..kerajaan bagi cadangan untuk bukan islam tapi yang orang islam kecoh bagai nak rak..tu 2 minggu lepas. Kali ni PJ selatan bawak Mr.Bean pulak a.k.a Mahfuz Omar...Wow! Ramai orang PAS pusat datang bagi ceramah? 2 minggu lagi sapa pulak?



Gambar Lokasi : Simpang 3 Pasar TDH

Kusangkakan mahfuz datang nak bagi taklimat prmanduan forklif secara selamat..
rupanya nak ceramah...
Tajuk ceramah adalah rata-rata pasal pembukaan Dewan Himpunan Penyokong PAS, UPCO, Judi dan menuju putrajaya....Hais Mahfuz...ade jugak selit UPCO..macam pandai sangat...
Kehadiran di anggarkan 100,000 jemaah PAS..


Gambar Lokasi : Depan Markaz

Tanda panah merah menunjukkan booth daftar pemilih dibuka..Ni Che Moq datang dah pukul 10:10 Malam..Bila tanya orang kat situ katanya dah start lepas isyak..ramainya..dah dekat 100,000 orang berkerumun..Che Moq hampir sesak nafas...Panel penceramah katanya si Mr.Bean dan juga YDP PJS, Ghazali Shaari a.k.a musang berjanggut...



Gambar Lokasi : Depan Markaz

Macam biasa ceramah kat markas ni yang berceramah duduk dalam markaz berhawa dingin (panah hijau)...dalam tu pun bukan ada orang sangat..ada la tak sampai 10 orang kuat muslimat pas menangut tgk Mr.Bean...untuk lelaki pulak hanya pasang projektor di luar (panah merah)


Gambar Lokasi : Kiri Markaz

Di sisi kiri Che Moq ada dibuka 5 gerai jualan...panah hijau tu ada la 5-6 orang duduk atas motor tgk projektor dari belakang...tapi ada sedikit musykil....Panah merah tu tunjuk ada ramai orang berkerumun ramai tengok apa ntah...che moq cuba siasat...jap lagi..



Gambar Lokasi : Kiri Markaz

Lah..rupanya orang jual cd ceramah tu tengah bukak ceramah (panah hijau) ketua dewan bintang 3 PAS, Nizar....Kerumun orang tgk lagi ramai dari yang tgk projektor tu (panah merah)...patut la tak ramai depan markaz tadi..orang yg jual cd ni pun buat tanyangan ceramah lagi best dari Mr.Bean...

Kutipan derma? yang datang masuk petugas ada la 100-150 orang...kalau sorang bagi singgit...WOW! KFC satu bucket..tapi ramai ke bagi?

PAS PJ selatan hampeh dilamun kemewahan...
PKR PJ selatan tengah gaduh tarik muka antara puak YB dengan puak AMK..Dushhhh....

Kemewahan..Kekayaan..Pangkat...Harta..Kedudukan...Siapa kata yang membangkang lebih baik dari yang memerintah..kalau manusia tu manusia juga...semua ada nafsu hatta yang dah nak mampus macam N.Ajis....

Read more...

Jun 16, 2010

Menteri In Waiting..Wait..Wait...

Den hanyo pandai songlap duit pak mentuo dan rakyat..
kalau bosan den buek modelling..
Kijo-kijo den sorah pada macai-macai..


Pagi-pagi kotak email sudah terisi dengan berita dari KPMU..Omak Aih....KJ kati dio bersedia bersidang di parlimen "bocor"? Semonjak masuk wataniah ni sentiaso bersedio...Hahaha.ha....Semenjak dua menjak ni kalau kita lihat Khairy berhati-hati memilih isu untuk disuarakan walaupun kebanyakannya Khairy lebih banyak ghaib dan tenggelam...Kes israel ekau tak nak pulak bising? Sedih yo tak dapek jadi menteri..Ekau jadi mengkarung ajo lah..

Che Moq 100% bersetuju cadangan Pak Jib untuk mengurangkan biasiswa kerajaan untuk program ijazah luar negara. Che Moq pun 100% apa yang dicatatkan TM. Suasana dan taraf hidup rakyat malaysia sudah berubah. Khairy yang kaya dan dari keluarga kaya anggap macam 99% rakyat malaysia papa kedana je...Ni bukan zaman P.Ramlee..Ni zaman Malaysia sebagai peneraju kepada negara-negara membangun...

Jika dahulu sukar untuk melihat rakyat memiliki sebuah televisyen warna 14 inci dan sebuah peti ais..kini di rumah sudah ada 2-3 biji tv dan peralatan elektrik mewah...Dahulu satu deretan rumah kos rendah hanya kelihatan kelibat 1 biji kereta saga atau toyota lama..kini satu rumah sekarang rata-rata sudah ada 3-4 biji kereta hinggakan jalan menjadi sempit serta rumah 2 bilik kini direnovate seperti banglo tersepit..Jika difikirkan hanya mengenai nasib pelajar miskin..mengapa perlu mengharapkan 100% biasiswa kerajaan? adakah di malaysia kekurangan funder oleh gergasi korporat yang sudi menaja? kerana kebanyakan produk-produk biasiswa ini juga diraih golongan miskin atau kaya tanpa mengira fahaman politik..Sudah tiba masanya kerajaan melepaskan sedikit tanggungjawab yang ada..Banyak syarikat konglomerat swasta atau GLC yang menawarkan biasiswa seperti MARA, PETRONAS, TM Berhad, ASTRO, SIME dan banyak lagi....

Ekau Ni Muko Malap Yo..Mesti Ekau Belajar Kek UM..
Patut Eh Muko Ekau Malap..Masa Dopan Malap..
Ekau Amik Degree Low Class..
Den Dah Koba..Masuk Oxford Laie Baguih..
Tengok Muka Den Bersori Yo...Cerah Maso Depan Den...
Kijo Tak Payah Buek Pun Tapi Den Kayo Rayo..

Di malaysia sudah banyak institusi awam yang menawarkan program setaraf dengan ijazah luar negara..malaysia juga kini menjadi pilihan ramai pelajar luar negara sebagai pilihan lokasi pembelajaran...Apa bezanya Ijazah UiTM, UKM, UM dan UTM dengan Ijazah Oxford jika jika dilihat dari segi pasaran graduan universiti tempatan lebih banyak menyumbang kepada tenaga professional dalam perkembangan negara berbanding "sesetengah" graduan Oxford dan Cambridge yang hanya pandai bercakap dan dahulunya "duduk di kerusi empuk tingkat 4" sambil mencuri duit rakyat....

Tahukah Khairy kerana bapaknya kaya jadi dia tidak tahu kos biasiswa kerajaan untuk menaja seorang pelajar adalah lebih kurang RM150,000 - RM 250, 000 tanpa bayaran berbanding kos pinjaman PTPTN di IPT kebiasaannya RM15,000 - RM50,000 dan perlu dibayar balik sampai tua? Pernahkah pelajar IPTA dan IPTS tempatan merungut kerana tidak senasib dengan mereka yang ditanggung percuma? Adakah pernah terjadi pelajar cemerlang yang tidak mendapat biasiswa untuk belajar di luar negara mati dan melarat? Ada lebih baiknya RM250,000 itu diberi biasiswa kepada 5 orang pelajar IPT tempatan...jika kita mampu hasilkan 5 lulusan degree berbanding 1 dengan kos yang sama, mengapa tidak?

Hoi Shamsul Akin-cing..Sekarang Berat Den 95KG..
Lepaih Ni Den Nak Masuk Wataniah..
Buleh Jadi Slim..Tak Payah Den Makan Jusmate Dr.Rozmey..
Jom la poie den masuk solja...

Mengapa Khairy bising-bising nak bela terutamanya "Oxford" dan "Cambridge"? Bangga diri ke? Bukan hanya di situ sahaja tajaan biasiswa kerajaan.. Penting sangatkah pembelaan universiti freemason dan yahudi tu? Kalau orang Malaysia terutamanya ISLAM mahu memboikot israel...Ada baiknya boikot 2 simbol universiti kebanggaan yahudi..mengapa perlu anak melayu dididik pensyarah yahudi jika kita sendiri bising-bising nak boikot israel. Pandai Khairy pilih isu..Hanya mahu mengulas isu yang dapat menaikkan sokongan undi muda..Dari banyak buat bising, baik buat kerja..Khairy seolah-olah memandang rendah kualiti universiti tempatan..Jangan sampai pengundi muda yang kini di bangku universiti bersama hutang PTPTN di bahu memboikot Khairy...Aduhai macam mana orang macam ni nak jadi menteri kalau belajar di 'universiti' paling atas di dunia tapi fikir macam belajar tadika kemas..

Betul ke sanggup bersidang parlimen atap bocor? baik bersidang kat bawah pokok macam kat Perak...

P/S :-

Lagi yang kita biasa maklum namun kita pandang sipi-sipi je macam tak perasan...Graduan tajaan kerajaan di luar negara le yang paling ramai melawan kerajaan...Masa dalam kontrak humang aih sonyap...kontrak abih nah kau masuk PKR, PAS dan DAP pastu fitnah kerajaan tak ada bagi sumbangan kepada rakyat..sedangkan dia ditanggung suku juta untuk diberi ilmu..

Read more...

Jun 13, 2010

PAS : Badut Akhir Zaman

Terbuka!

Sekarang dunia sudah moden. Semuanya mahukan keterbukaan. Tidak ketinggalan Parti yang mendukung keislaman, Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kini lebih terbuka dan moden. Asal penubuhan PAS adalah dari idea dikalangan ahli-ahli agama di dalam UMNO apabila golongan ulama ini gagal mendapat tempat dan kalah bertanding di dalam majlis kepimpinan parti serta kerana tidak berjaya untuk menjadikan UMNO sebagai parti nasinalis yang mendukung islam.

Namun kini segalanya berubah. PAS lebih nasionalis berbanding UMNO. Setelah lulusnya usul meminda Kelab penyokong PAS menjadi salah satu dari dewan himpunan membuatkan ianya kelihatan sedikit janggal menerusi namanya sebagai parti islam terbesar di Malaysia. Kebanyakan ahli dewan himpunan penyokong PAS adalah terdiri dari mereka yang bukan islam.

Dikatakan terdapat 20,000 penyokong berdaftar telah menyertainya walaupun angka itu di ragui. Pendapat dari kebanyakan pemimpin tertinggi PAS adalah amat dangkal sekali kerana menyangka dengan tertubuhnya dewan himpunan ini akan menarik minat bukan islam untuk menyokong idealogis PAS serta menarik undi walaupun terpaksa bergadai maruah.

Apa yang menariknya belum pun sebulan dirasmikan, pelbagai permintaan khas dan kuasa dituntut oleh mereka. Dari presiden hingga ke setiausaha. Dari hak memilih kepimpinan parti, kesamarataan keahlian serta hak untuk bertanding dalam pilihanraya semua sudah disuarakan mereka. Namun apakah ianya memberikan kredit tambahan 20,000 undi kepada PAS atau liabiliti kerana penurunan sokongan melayu islam 200,000 undi terhadap kewujudan dewan himpunan ini? Yang nyata PAS sudah mula terikut rentak DAP yang mahukan PAS menjadi parti berbilang "agama".


Kemimpinan Ulama' yang didukung PAS selama ini bakal tersungkur. Dengan wujudnya serpihan sayap yang merupakan bakal menjadi barah tahap 1 kepada kepimpinan ulama sedia ada ini dapat memberikan kelebihan kepada puak erdogan dalam PAS yang mendukung fahaman islam liberal. Sama-sama kita tinjau apa yang akan terjadi dengan kelibat bukan islam di dalam parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan hudud.

Jika ditakdirkan majoriti yang menang di dalam PRU 13 nanti adalah dari kalangan bukan islam dari DHPP ini, adakah ianya bakal merobek maruah PAS sebagai parti islam atau pas akan melaungkan kebanggaan bahawa orang bukan islam menerima PAS walau hakikatnya ramai calon PAS yang islam kecundang...

Sebelum diminta, bukakan lah laluan kepada DHPP ini satu kerusi naib presiden seperti yang dipinta dewan muslimah agar satu kerusi naib presiden dikurniakan kepada muslimah..nanti dah diminta DHPP ni banyak pula kontroversi hinggakan guan eng perlu campur tangan.

Apa yang mahu dibuktikan PAS?

PAS bukan parti PERKAUMAN?

PAS parti UNIVERSAL?

PAS mahukan pembaharuan merentasi AGAMA? BANGSA? dan BUDAYA?

Read more...

About This Blog

Aku Che Moq. Aku mengendalikan blog Utusan Che Moq yang diutuskan dari aku kepada sesiapa yang sudi nak baca. Tak nak baca sudah. Tak paksa pun. Aku Tak Suka Anwar Ibrahim sebab dia pengkhianat bangsa dan agama. Kalau anda suka Al Juburi, jangan mengada-ngada nak buat hal dalam blog aku. Tak suka Anwar Berahi tak bermakna aku suka kerajaan di bawah Najib Razak. Aku juga tak suka ketua bintang tiga Nizar Jamaludin. So What?

Apa yang aku suka?

Saya Menulis

My Photo
My name is Che Moq. I'm nobody. Just a free citizen in Malaysia. Also not an agent for any agency, club or organization. I'm just Che Moq, the ordinary vicegerent of ALLAH swt, The God Almighty

Makluman

Perhatian : Che Moq sudah alihkan semua bloglist di laman Che Moq ke http://pena-picisan.blogspot.com untuk senarai lengkap ahli Blogger Pembela Negara dan lain-lain pautan blog.

  © Che Moq World Laman Che Moq v2.0 by Che Moq 2009

Back to TOP