Nik Aziz : Orang Cerca Islam Sebab Engkaulah!
Tidak sudah-sudah mengenai isu pertelingkahan politik melayu di arena politik tanah air. Acap kali dicanangkan isu tentang perdamaian dan kerjasama UMNO-PAS iaitu 2 seteru utama sejak sekian lama bagi kesejahteraan Islam dan Melayu. Blog-blog marhaen, para pemimpin, golongan profesional golongan ilmuan melayu dan bukan melayu turut mempersoalkan dan membincangkan mengenai perpaduan yang diidamkan. Mungkinkah ianya akan menjadi realiti atau hanya sekadar fantasi?
Peluang persengketaan antara 2 musuh politik ini menjadi peluang buat parti ekstremis bukan melayu, DAP untuk mencerca dan menghina islam dan melayu tidak kira dari segi perbuatan, perkataan atau apa sahaja semua sudah dicacinya termasuk menghina Duli yang Maha Mulia Sultan, para mufti dan juga islam umumnya. Isu pengislaman arak oleh mufti DAP, Sabiol Semakhah Tuan Guru Ronnie Liu dan penghinaan islam oleh Jeff Oii dan Loke Siew Fuck amat mendukacitakan umat islam apatah lagi dijawab remeh dan isu terpencil oleh Tg.Nik Aziz sebagai ilmuan dan ulama disegani oleh para jemaah PAS. Demi DAP dan kepentingan politik, Tg.Nik Aziz telah nyata melacurkan islam. Adakah menghina islam dapat dimaafkan dengan hanya alasan rekaan dan kepentingan politik iaitu "mereka tidak faham islam"?
Adakah pemimpim seperti ini yang menyebabkan melayu tidak dapat bersatu? Forum, dialog, debat, persidangan atau apa sahaja caranya yang diguna pakai untuk menuju kearah perpaduan, adakah itu mampu untuk merapatkan jurang sesama UMNO-PAS? Pastinya apa cara sekalipun, tidak akan menemukan dua parti politik majoriti melayu dan islam ini menjadi noktah perpaduan yang diidamkan. Semakin dibincangkan, semakin jauh jurang dilebarkan. Ada sahaja isu baharu yang akan timbul. Terlalu banyak sebab utama dan penghalang kepada perpaduan ini.
Di suatu sisi, Tg.Nik Aziz dengan kekal ego dengan ajaran dan fatwanya iaitu tidak mahu pisang berbuah 2 kali setelah kecewa dengan kerajaan campuran Barisan Nasional pada tahun 70'an. Sukar benar untuk Tg.Nik Aziz memaafkan kesilapan dan kesalahan kerajaan terhadapnya. Jika benar pun dia terluka, adakah tidak salah diketepikan sengketa peribadi demi agama, bangsa dan negara. Malah sudah ramai faham Tg.Nik Aziz sudah seperti entiti Pas. Bak kata yang mudah difahami, Tg.Nik Aziz adalah Pas, Pas adalah Tg.Nik Aziz walaupun dia hanyalah Mursyidul Am. Betulkah? Jika tindakan Presidennya, Tg.Hadi Awang ingin berbincang bersama kerajaan pusat melalui wakilnya, Timbalan Presiden Ust.Nasharudin mengenai kerajaan perpaduan demi survival politik melayu dan islam yang makin dipijak-pijak, maka yang menjadi batu loncatan kepada penggagalan usaha ini adalah Tg.Nik Aziz sendiri.
Yang dimaksudkan dengan Mursyidul Am adalah maksud mursyid itu sendiri yang membawa maksud sebagai guru atau pembimbing. Setiap langkah Pas samada rasmi atau tidak semuanya akan diperhalusi Nik Aziz. Aura Nik Aziz lebih hebat dari HJ Ahmad Fuad, iaitu individu yang menubuhkan PAS. Allah Swt Maha Pengampun dan Nabi Muhammad pula hamba maksum yang paling dikasihi Allah Swt juga mengampunkan umat sehingga nafas terakhir. Tapi pemaafkah Tg.Nik Aziz? Ya dia sedia memaafkan sesiapa sahaja asalkan orang itu diluar dari bayangan UMNO, maksud saya dia boleh memaafkan sesiapa sahaja walaupun musuh yang pernah menjentik telurnya asalkan orang itu bukan ahli atau penyokong UMNO. Buktinya? Al Syeikh Anwar Aljuburi.
Eh, bukankah dahulu orang Pas amat bencikan Anwar Berahi sehingga tahap "vendetta" semasa era kronismatik Anwarisme? Selepas Anwar Berahi tercampak dari UMNO pada 2 September 1998, segala dosanya telah disucikan Tg.Nik Aziz dan menjadi dewa kepada Pas. Mana tidaknya, Pak Syeikh adalah ikon dan sebab utama Pas berjaya menawan 2 negeri pada PRU tahun 1999 dari serpihan reformasi huru hara Anwar dan juga Pas mendapat kuasa menteri besar di 3 negeri termasuk 1 kuasa boneka DAP di Perak pada PRU tahun 2008. Dosa Anwar pada Pas dahulu terlalu banyak namun segalanya menjadi sifar dimaafkan Tg.Nik Aziz. Dulu orang yang paling lantang menentang Anwar Berahi adalah Mat Sabu. Malah Mat Sabu Syiah juga dulu di barisan hadapan lantang mencerca Pak Syeikh Aljuburi mantan Timbalan Perdana Menteri ini sudah boleh memakai baju kuning bercop 'BERSIH' sama seperti ditubuh Anwar Berahi. Dahulu saling bertikam lidah tetapi sekarang saling merindu. Mat Sabu mendakwa Anwar yang sekampung dengannya terlalu banyak buruk dari yang baik dari salah laku rasuah sehingga skandal seks. Dia bongkak berkata rahsia Anwar segalanya disimpan dalam poket. Dimana peranan Tg.Nik Aziz? Musuh-musuh Anwar di dalam Pas sudah tumbang mencium kaki aljuburi.
Saat kematian Allahyarham Fadzil Nor, adakah pernah orang bertanya apakah hala tuju Pas setelah Presidennya meninggal dunia? Yang banyak didengari adalah alu-aluan kepada Tg.Hadi Awang yang akan memangku jawatan itu. Namun lebih ramai yang pening memikirkan jika Tg.Nik Aziz meninggal dunia suatu hari nanti, Pas nak ke mana? Seperti kematian Dato Onn Jaafar yang diusung bersama kematian parti IMP pada tanggal 1962? Umum mengetahui PAS dan IMP adalah serpihan utama UMNO setelah usul membawa kaum bukan melayu dan bukan bumiputera masuk ke dalam UMNO dibantah. Dato Onn Jaafar meletak jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO dan menubuhkan IMP. HJ Ahmad Fuad pula bersama Persatuan Ulama Malaya menubuhkan PAS setelah kalah bertanding jawatan Yang Dipertua UMNO. Dengan berkuburnya IMP atau seterusnya dikenali sebagai Parti Negara, maka Pas adalah satu-satunya serpihan pesawat UMNO yang masih tinggal menjadi seteru utama di arena politik melayu. Maafkan saya, bukan seteru tapi musuh utama.
Isu arak yang dicetuskan DAP amat mengecewakan. Takbir yang kini diucap "Take Beer" sudah memecah keheningan di sekitar Shah Alam tanda bantahan. Adakah Tg.Nik Aziz pernah lihat anak-anak melayu menjinjing beg plastik 7 eleven bersama berkati-kati beer mabuk yang bukan arak seperti yang difatwakan Ronnie Liu?
Ronnie kata Beer bukan arak. Jadi apakah syarat dan definisi utama ibu segala maksiat itu bagi Ronnie Liu? Jolly Shandy yang berperisa buah-buahan mengandungi 1% alkohol serta beer lain seperti Thai Thong, Heineken, Carlsberg dan Guinness Anchor mempunyai 5-25% kandungan alkohol. Adakah hanya whiskey dan wine jenama Martell, Jack Daniels, Courvoisier, Remy Martin, Ballantine, Hennessy, Johnnie Walker, Chivas Regal dan lain-lain sahaja yang layak digelar arak? Umum masyarakat bukan islam tahu arak itu haram disisi islam. Agama islam juga menjadi agama rasmi negara semenjak merdeka. Itukah yang Ronnie tidak faham atau sengaja buat tidak faham? Tentang isu anak haram, mengapa isu anak luar nikah TBH yang diperjelaskan seorang cina beragama islam, Dr.Riduwan Tee dicerca dan diugut untuk meminta maaf atas perkara yang benar serta penghinaan juga dilemparkan atas sultan dan agama islam oleh Loke Siew Fuck? Anak luar nikah tetap di luar nikah. Begitu juga arak, haram tetap haram. Apakah perlu menjaga sensitiviti keluarga TBH dan orang bukan islam tentang isu anak luar nikah tetapi tidak mahu memahami sensitiviti haram arak dalam masyarakat islam yang majoriti di sini?
Dahulu kini dan selamanya, semenjak 1951 sehingga kini Pas masih di bahtera yang sama mencerca dan memaki saudara sesama bangsa dan seagama yang memeluk UMNO sebagai wadah politik. Yang berbeza cuma pentas dan drama yang ditayangkan. Jika dahulu UMNO diibaratkan sebagai kafir dan DAP sebagai syaitan, Maka sebagai mursyid kepada jemaah Pas, Tg.Nik Aziz lebih sayang kepada syaitan. Lulusan Al-Azhar tidak menjamin seseorang itu kuat iman dan ilmu agamanya. Lulusan Al-Azhar juga ada yang dungu mengikut menyembah Ayah Pin, Menjadi boneka barat serta ada juga yang murtad.
Tg.Nik Aziz, jangan jadi ulama macam ularmak Gus Dur!
p/s :- Jika dahulu Hassan Ali pernah dipertikaikan oleh pemimpin pas kerana meminta upah 50% dari derma ceramah yang dihadirinya, maka tidak hairan kini dia cuba menjadi hero ciptaan sendiri apabila dengan berlagak tegas dan alim mendakwa dirinya lantang tidak menyokong tindakan Ronnie Liu serta sanggup digugurkan dari jawatan Exco negeri jika kedudukan Exco kerajaan tempatan Ronnie Liu tidak dikaji semula. Akhirnya mereka bersalaman. Drama desakan berakhir dengan senyuman. Tuan Penasihat, saya up gaji dan komisen anda 50%......Fuh, untung Hassan Ali. Dapat duit lebih boleh lipat dalam MLM...Eh, dah kaya raya takkan nak main lipat lagi..Boleh tanggung dan rekemen anak dia yang 'bermasalah' tu masuk baiah ikut gangster Ronnie Liu...

2 Apa Pendapat Anda?:
Che Moq, artikel yang menarik. Selamat berjuang.
Dulu kutuk Dr M kononnnya Dr M gila kuasa. Sekarang sejak Dr M bersara, dah dua orang jadi PM . Yang dia sebenarny adia sendiri gila, tamak haloba nak kuasa, itu sebab sanggup bersahabat dengan dap kafir makan babi punca selsema babi. Sebab gila kuasa sanggup ersahabt dengan sipeliwat berahi kat pungkok gay dan bini orang. Dah 18 tahun perintah kelantan, tikus di pasar khadijah makin besar mengalahkan kucing jantan!
Post a Comment