Pas : Dendam Mursyid
Walau apa pun yang diucapkan Nik Aziz terhadap UMNO, sememangnya ia sudah lali dengan makian dan cacian. Malah bagi masyarakat Malaysia, ianya bukan satu kejutan kerana terlalu banyak cacian dan tuduhan Nik Aziz kepada sesiapa yang tidak disenanginya. Tiada sedikit pun hatinya yang kudus lagi mulus itu untuk berhenti dari bermusuhan dengan UMNO. Hatta janjinya, iaitu ingin bersara dari menjadi Menteri Besar Kelantan setelah Tun Mahathir bersara juga hanya tinggal janji. Selagi nyawa dikandung badan, setiap nafasnya itu akan digunakan untuk melampiskan dendamnya terhadap suku-sakat UMNO.
Memang benar kenyataan Nik Aziz bahawa tugas ulama adalah memikul tanggungjawab yang ditinggalkan Rasulullah. Namun Nik Aziz perlu ingat bahawa setelah kewafatan Rasulullah, ulama hanya mewarisi tanggungjawabnya untuk menyebarkan dan menyuburkan dakwah islamiah di serata dunia, dan bukannya menyebarkan dakwah politik duniawi semata kerana kepentingan peribadi dan dendam di hati. Nik Aziz juga perlu tahu bahawa dia bukan mewarisi kemaksuman nabi dan hak menentukan siapa yang hak atau batil di dunia. Apalah daya manusia untuk menjadi neraca kepada sukatan dosa dan pahala manusia lain. Sedangkan setitis ilmu Allah Swt di dalam dunia ini pun masih belum dapat diteroka oleh makhluk bernama manusia.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w sebelum kewafatan baginda:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah Rasulnya.”
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah Rasulnya.”

Sekali imbas wajah Dato' Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor ini tampak segak seperti pahlawan melayu yang asyik berkaraoke lagu "Tanya Sama Itu Hud-Hud". Gah dengan tutur katanya yang memukau para halwa telinga yang mendengar ucapannya. Dia jugalah pakar janji menjanji termasuk menjanjikan pahala dan SYURGA buat para pengundi yang memangkah Pas semenjak menyertai Pas tahun 1998 lagi. Kata-kata inilah yang membuatkan Nik Aziz terpikat dengan pukauan kata Hassan Ali lalu mendidik haluan Pas menjadikannya seperti sebuah agama, dan bukan parti politik. Ya, Hassan Ali adalah insan pertama yang menimbulkan idea jaminan syurga segera kepada mereka yang naif. Kini Hassan Ali juga menjadi tokoh 'take beer' apabila melacurkan lakonan islamiahnya kepada Mufti Dap, Ronnie Liu At-Tantawek.
Bila terkenang kembali mengenai arak, saya teringat kata-kata rasul mabuk kita...maksud saya rasul melayu mabuk, Haji Kahar yang sudah mempunyai ajaran islamnya sendiri sehinggakan ketika serbuan di rumahnya di Gemensah Ulu, tersusun botol-botol arak mewah di meja. Bak katanya, "Arak itu Halal kerana minum arak menenangkan jiwa"
Idola Hassan Ali, Tun Mahathir turut mendakwa Nik Aziz lebih dari manusia apabila menyatakan para penyokong UMNO tidak masuk syurga. Apakah dosa para penyokong dan ahli UMNO untuk dihisab sebegitu? Tidak elok dendam dijadikan ubat menyejukkan hati. Lebih baik ambil wuduk dan buat sembahyang sunat 2 rakaat untuk menenangkan jiwa wahai Nik Aziz. Takut-takut awak tersalah arah menjadi ulama pewaris kepada "Rasul Melayu" yang gila.

0 Apa Pendapat Anda?:
Post a Comment