Sep 9, 2009

Ganyang Malaysia? Dulu Macam Isi Dan Kuku..Sekarang Jadi Singkong Dan Keju..

Dahulu apabila ada yang mereka mahukan dari malaysia, mereka memeluk kita dan menyatakan kita bersaudara dan serumpun. Namun apabila sedikit demi sedikit luka dendam dan iri hati yang mereka lindungi terdedah kerana kemajuan mendadak Malaysia, mereka kini jelas seperti talam dua muka.

Betul ke? Tak lah semua tapi segelintirnya kata pemimpin indonesia (sambil hairan segelintir tu berapa juta orang???? itu pun kena tolak habis yang dah lari masuk sini secara sah atau curi)

Segelintir rakyat Indonesia sudah mula bermain dengan api apabila senantiasa menuduh Malaysia sebagai negara plagiat hasil-hasil budaya dan karya dari Indonesia. Mereka juga menuduh orang Malaysia memplagiat kepelbagaian makanan dan juga merompak pulau-pulau kecil yang Malaysia menangi di mahkamah antarabangsa. Apakah yang mereka mahukan? Yang peliknya, mengapa mereka yang beragama islam dan juga berbangsa rumpun melayu menyerang kita yang juga serumpun dan menuduh orang melayu di Malaysia sebagai penindas kepada bangsa lain <sini>?

Sebab segelintir perusuh upahan ini, terpaksa Bapak SBY turun ke Malaysia naik garuda..

Bermula dengan tuduhan penderaan Orang Gaji (umum faham penderaan ini hanya sering dilakukan oleh majikan cina) sehinggakan pertuduhan palsu Manohara Odelia Pinot tentang penderaan seksual oleh kerabat kelantan, ia menyaksikan segelintir warga indonesia yang rata-rata primitif akalnya menyerang Malaysia dengan mengadakan rusuhan serta berita hasutan palsu melalui blog dan web serta ada yang lebih jahat menggodam laman-laman web di Malaysia. Hairan, mereka mudah percaya dengan berita palsu, namun mereka tidak mahu percaya kisah orang gaji yang mendera sepak terajang anak orang Malaysia walau bukti video sudah tersebar. Mereka juga tidak mahu percaya ramai TKI (tenaga kerja indonesia) yang berkerja membuat rumah di siang hari dan menjadi penyamun di malam hari walau sudah banyak mat indon yang ditembak mati serta yang ditangkap ketika menyamun..malah mereka juga sanggup merogol dan membunuh mangsa...

Kisah Azahari dan Nordin Mat Top juga mereka melenting menuduh Malaysia Terrorist..Yang hairan 3 suspek perancang pengeboman bali mereka sanjungi dan hormat sampai mati sebagai syahid..tapi insan yang buat bom diaorang benci. Sebabnya adalah kerana 2 pakar ini orang Malaysia..adakah lebih baik menjadi merancang dari menjadi pembuat bom? Silap betul Nordin dengan Arwah Azahari ni pilih geng. Dia tersalah pilih geng dari bangsa yang menganuti fahaman perkauman yang tegang. Indonesia masih dilabelkan sebagai kawasan hitam terrorist..Rakyatnya pula pandai divert kata ianya Malaysia punya pasal. Macam Osama Laden. Dia berjuang di Afghanistan tapi takde pulak orang Afghanistan salahkan Arab Saudi pengeluar terrorist?

Kisah membakar bendera Malaysia saat di tanah air ini menyambut detik kemerdekaan mula menjadikan isu ini lebih mendapat perhatian media apabila mereka sengaja mempertikaikan rancangan Discovery Channnel berpusat di Singapura yang mempamerkan Tarian Pendet (tarian pemujaan di kuil hindu bali) milik Malaysia dalam dokumentari khas sempena "Malaysia Truly Asia" walhal pihak Discovery Channel sudah pun memohon maaf ke atas kerajaan Malaysia dan Indonesia atas kesalahan rancangan itu.


Tidak dinafikan sejak dari konfrontasi Ganyang Malaysia pada tahun 1962-1966 lagi para pemimpin mereka sudah menaruh dendam kerana matlamat "Indonesia Raya" yang diidamkan Sukarno. Kekalahan memalukan dalam perang saudara itu membuatkan mereka merasakan Malaysia adalah musuh tradisi yang perlu didendamkan sampai bergenerasi.

Dahulu mereka pernah mempertikaikan Lagu Rasa Sayang yang sangat popular dinyanyikan kanak-kanak Malaysia. Mereka menuduh Malaysia mencuri hasil karya dan budaya mereka. Mereka mendakwa lagu yang pada tajuk asalnya "Rasa Sayange" adalah ciptaan Bapak Paulus Pea yang berasal dari Maluku pada tahun 1920an. Namun setelah diteliti pelbagai pihak samada dari Malaysia atau Indonesia, ternyata mereka mendapat malu, rupa-rupanya lagu ini buka dari nusantara. Ianya adalah runut bunyi yang dibawa oleh masyarakat serani eropah semenjak penjajahan 1511 lagi....Oh Bapak Paulus Pea, kau telah dimalukan anak muda Indonesia..Rahsia terbongkar..Indon kalah lagi..

Belum pun reda, mereka sekali lagi mendakwa adik beradik KRU memplagiat lagu kanak-kanak "Abang Tukang Bakso" dan "Bintang Kejora" untuk menghasilkan runut filem Duyung, iaitu Aspalela. Walaupun sudah dimaklumkan oleh KRU Music tentang keizinan telahpun dibuat kepada pihak terbabit, namun mereka terus melenting tak tentu pasal. Kalah lagi dong...



Tidak cukup dengan itu, mereka mendakwa lagu kebangsaan "Negaraku" adalah plagiat dari lagu "Terang Bulan @ Trang Boelan" dari Indonesia. Yang lebih menghairankan, seorang warganya, Aden Bachri mendakwa ayahnya Saiful/Shamsul Bachri adalah pencipta asal melodi itu sebelum tahun 1942 dan dirakamkan oleh Pt Lokananta Record pada tahun 1956, setahun sebelum kemerdekaan Malaysia. Juga dongengan yang mendakwa dia pernah mendengar perbualan Sukarno dan bapanya tentang arahan supaya menyerahkan lagu Terang Bulan untuk Malaysia sebagai lagu kebangsaan pada tahun 1960an. Lah, bukankah sewaktu itu Sukarno sedang asyik mengganyang Malaysia dan melancarkan perang gerila terhadap Malaysia? Masakan dia berbaik-baik menghadiahkan lagu untuk Malaysia. Lagipun bukan Saiful/Shamsul pencipta asal melodi indah itu. Ianya asal lagu "La Rosalie" gubahan komposer Perancis, Pierre Jean De Beranger (1780-1857). Lagu klasik Mamola Moon di Hawaii juga adalah adaptasi dari karya komposer perancis itu. Pada tahun 1888, ianya digubah menjadi lagu rasmi negeri perak, ianya juga 46 tahun sebelum lagu Terang Bulan dihasilkan. Waduh..kalah lagi...Bohong yang nyata..

Tarian Indang yang rata-rata diketengahkan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan juga mereka pertikaikan. Kerajaan Negeri Sembilan yang mengetengahkan kebudayaan masyarakat minang di Malaysia dituduh pencuri identiti. Yang pelik, orang Jawa yang melenting di Indon, bukan orang minang sana yang bising..Hairan..Cari gaduh lagi...



Yang terbaru, isu Tarian Pendet. Kerajaan Malaysia atau mana-mana negeri tak pernah menyatakan ianya tarian kebudayaan Malaysia namun atas kesilapan tayangan khas dokumentari pihak Discovery Channel Singapura, indon sekali lagi melenting. Lah? siapa yang nak mengaku tarian pemujaan kuil hindu bali yang kini dijadikan tarian selamat datang ke bali sebagai tarian kebudayaan Malaysia? Malah penganut hindu di Malaysia pun tidak pernah terfikir untuk Menari Pendet di kuil. Mereka ada tarian klasik india yang lebih sopan pakaiannya dari 4 gadis penari pendet bali yang berkemban ketat melentur liuk beraksi.


Sebab tarian pendet sahaja mereka membuat hal..Nak sweeping orang Malaysia dari Indonesia. Yang hairannya sampai nak membunuh siap buluh runcing..Macam Laksamana Do Re Mi..Buluh runcing satu....kasi rejam itu 360 pendekar kebal yang nak berperang dengan Malaysia..Ceh bodoh punya pendekar..masa Israel serang Palestin kau tak nak daftar jadi sukarelawan membela umat islam yang teraniaya...ini kau nak bela Tarian Pendet yang langsung tiada faedahnya dalam islam...inilah namanya pendekar "otak ku berada di lutut"..Kau ingat Malaysia ni tidak ada orang kebal?


Thunder..Thunder..Thunder Cat...Hoooooooooooooooooo..............
Ada berani ke? sekali dia mula minum air jampi Kiyai Ronnie Liu, baru 360 ekor pendekar kebal tu tahu cari jalan balik naik Air Asia...Untuk Indon-indon di Malaysia, jgn risau..Bapak ini bisa jamin keselamatan anda di dalam negeri kerana dia tahu Rakyat 1Malaysia aman dan tak mudah melenting macam saudara kamu di seberang.
TakeBeer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Banyak lagi kes yang mereka pertikaikan daripada isu KLCC yang dituduh meniru candi borobudur dan juga isu bendera Jalur Gemilang sehinggakan bendera UMNO pun diaorang pertikaikan kerana ada background merah putih..Bodoh sungguh..Walhal bendera mereka juga hasil ciplakan bendera belanda..Mereka hanya mengoyakkan warna biru di bahagian bawah bendera Belanda yang menjadi bendera rasmi indonesia sepanjang 340 tahun penjajahan..Ini terjadi secara spontan apabila belanda mengisytiharkan kemerdekaan, mereka merentap bendera belanda lalu meninggalkan hanya 2 warna merah putih. Mitos ikatan dan panji merah putih Singamaraja dan Diponegoro adalah rekaan mereka sahaja. Monaco (1339) dan Poland (1831) juga menggunaka warna yang sama sebelum kemerdekaan indonesia. Siapa yang plagiat? Singapore yang tiru tak bising..Sang Saka Merah Putih tu dicipta tahun 1945..Monaco 1339 dan rasmi 1881..Sehinggakan kerajaan indonesia mengisytiharkan agar rakyatnya tidak salah membuat ukuran rasmi bendera indon dengan skala 2:3 dan bukan 4:5 seperti ukuran rasmi monaco kerana dikhuatiri mengibarkan bendera Monaco yang termasyur dengan puast perjudiannya...hehehe...

Orang Indonesa jangan lupa, banyak wang dan rezeki di Malaysia disalurkan ke sana. Malah ramai juga yang menjadikan Malaysia sebagai bumi untuk mereka huni dengan bersusah payah memohon sebagai penduduk tetap. Berjuta-juta indon yang sanggup meredah ombak selat melaka untuk masuk ke Malaysia secara haram walau bergadai nyawa. Malaysia jugak yang diaorang cari...Mereka merasakan Malaysia lebih dari kampung halaman...Tanyalah orang Acheh, mereka kata lebih selamat tinggal di Malaysia buka kedai runcit dari terus tinggal di bumi sendiri..

Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Pemimpin Malaysia mati meninggalkan jasa cemerlang,
Pemimpin Indon mati meninggalkan skandal dan rasuah berjela..

Macam mana Indon nak maju? Mereka sangat patuh mengamalkan PERKAUMAN di negara sendiri..bukan dari rumpun berbeza namun sesama rumpun MELAYU NUSANTARA sendiri...Asyik bertelingkah dan berperang sesama bangsa Indonesia....Capai 1 Indonesia? Jangan mimpilah....Jika Sukarno megah mengisytiharkan dirinya berjaya menyatupadukan seluruh indonesia sebagai bangsa Indonesia, Sukarno sebenarnya gagal menyatupadukan puak-puak dan bangsa-bangsa rumpun melayu di sana sehingga asyik berlaku pertumpahan darah.

Jika difikirkan mengapa ianya dipertikaikan, maka jelas ianya mungkin ada kepentingan politik dari musuh-musuh politik kerajaan pemerintah. Umum mengetahui si Juburi ini mempunyai link yang amat kuat dengan pemimpin Indonesia. Malah kerajaan Indonesia juga membisu membiarkan rusuhan rakyatnya terhadap kerajaan Malaysia dan hanya mengeluarkan kenyataan tidak bersungguh-sungguh dan lewa menerangkan isu yang timbul. si Juburi ini juga diam langsung tiada komen tentang penghinaan Indon terhadap Malaysia. Yang dia komen adalah membela Indon dan menghentam kerajaan malaysia...



Waduh-waduh..asik bangat si Juburi ni menari di indon lepas keluar lokap..padahal di Malaysia dia beria-ia kata sakit tenat sampai pakai bengkung di luar baju serta pendakap leher....Bibik jijah, mana bapak punya underwear yang kau basuh semalam :-) ...

Siapa yang risau ada saudara mara di seberang sana...baca sini..

2 Apa Pendapat Anda?:

Anonymous,  October 5, 2009 8:42 PM  

mossad game based in singapore. enough to destroy two muslim countries, self destruct mode. indonesia will never be able to invade malaysia. both countries cannot win over the other. however, the war between the two will be enough to break both down to its knees, and to start from scratch again

Anonymous,  October 5, 2009 9:37 PM  

mossad game based in singapore. enough to destroy two muslim countries, self destruct mode. indonesia will never be able to invade malaysia. both countries cannot win over the other. however, the war between the two will be enough to break both down to its knees, and to start from scratch again

About This Blog

Aku Che Moq. Aku mengendalikan blog Utusan Che Moq yang diutuskan dari aku kepada sesiapa yang sudi nak baca. Tak nak baca sudah. Tak paksa pun. Aku Tak Suka Anwar Ibrahim sebab dia pengkhianat bangsa dan agama. Kalau anda suka Al Juburi, jangan mengada-ngada nak buat hal dalam blog aku. Tak suka Anwar Berahi tak bermakna aku suka kerajaan di bawah Najib Razak. Aku juga tak suka ketua bintang tiga Nizar Jamaludin. So What?

Apa yang aku suka?

Saya Menulis

My Photo
My name is Che Moq. I'm nobody. Just a free citizen in Malaysia. Also not an agent for any agency, club or organization. I'm just Che Moq, the ordinary vicegerent of ALLAH swt, The God Almighty

Makluman

Perhatian : Che Moq sudah alihkan semua bloglist di laman Che Moq ke http://pena-picisan.blogspot.com untuk senarai lengkap ahli Blogger Pembela Negara dan lain-lain pautan blog.

  © Che Moq World Laman Che Moq v2.0 by Che Moq 2009

Back to TOP