Dec 24, 2009

Dosa 22 Tahun Tun Mahathir

Kini semakin banyak mulut dan tangan yang cuba menjolok sarang tebuan yang dihuni seekor tebuan tua yang terletak di Presint 19. Tidak kira serangan dari dalam mahupun luar negara, semuanya mempunyai sebab dan tujuan yang sama iaitu ingin meneutralkan bisa yang masih dimiliki tebuan tua ini serta ingin menyatakan kejaguhan siapa yang dapat melukakan dada tebuan tua ini. Bukan sahaja diserang oleh pihak lawan malah kawan juga turut serta menyemarakkan khabar fitnah kepadanya.

Tebuan tua ini sudah penat terbang kesana kemari untuk memperkasakan ekonomi bangsanya serta bangsa-bagsa lain. Kini selepas 6 tahun bersara, 22 tahun tugasnya di pertikaikan. Siapa lalat yang cuba menghurung isu murahan ini? Siapakah insan disebalik Barry Wain? Bagi insan cerdik, inilah jawapannya. Namun bagi pencacai politik, inilah jawapannya.

Jika diteliti, jika tuduhan ini hanya diletakkan pada Tebuan Tua ini sahaja adakah ianya adil sedangkan kita perlu teliti kehadiran 17 tahun (1982-1998) Pak Syeikh di dalam kabinet berserta pakej kuasanya sebagai Menteri Kewangan iaitu pemegang portfolio terpenting kantung kerajaan selama 9 tahun (1990-1999) serta 6 tahun menjadi orang No.2 Malaysia (1993-1998)?

Kata-kata Tebuan Tua ini ada benarnya, MELAYU MUDAH LUPA. Kerana sepanjang kita pelajari di sekolah, Tebuan Tua inilah yang cikgu-cikgu kita ajarkan sebagai BAPA PEMODENAN MALAYSIA. Benar kata Saudara Azli Shukri, lebih ramai si Kitul yang bertepuk tangan melihat Tebuan Tua ini tertembak dengan isu yang diputarkan kafir-kafir yang ingin menjahanamkan ketuanan bangsa mereka. Adakah syukur mereka pernah ucapkan apabila semua yang tersedia di Malaysia dapat kita banggakan di peringkat antarabangsa? Adakah mereka pernah berterima kasih dengan idea dan kemodenan yang diluahkan dari otak seorang doktor perubatan yang pernah berjasa selama 22 tahun membedah dan merawat bangsanya dari terus tertinggal di belakang?

Untuk yang masih bermimpi, Dilema Melayu anda masih setebal KLCC. Apa yang anda mahukan? Ingat, ketuanan melayu bukan ertinya melayu harus menjadi tuan tetapi cukup sekadar hak dan keistimewaan bumiputera tidak dipertikaikan. Jangan hanya mengikut rentak musuh (kafir) nescaya tergadai maruah dan diri seperti yang terjadi kepada Pak Syeikh.

P/S :- Jika salah seorang blogger AIDC (Kumbang) blognya diserang oleh orang Pak Syeikh akibat laporan saudara kumbang mengenai kaitan pingat demokrasi yang diterima Pak Syeikh dengan sekutunya, mengapa pula kata-kata analisis ringan saudara kumbang perlu ditakuti? Adakah Pak Syeikh sudah tersentak dgn ancaman AIDC akibat video ceramah BTN nya masuk Buletin Utama TV3?

Tebuan tua ini pernah diserang dengan skandal seks oleh bekas orang kepercayaannya akibat taasub untuk memintas tebuan tua ini agar bergelar orang No 1 Malaysia apabila Pak Syeikh ini mengura-urakan bahawa tebuan tua ini pernah menjalinkan hubungan sulit sekitar 80'an bersama seorang isteri kepada pegawai tentera berpangkat Brigadier Jeneral, iaitu Madam Mei Li Leng. Namun tuduhan itu dipandang sepi oleh rakyat kerana umum mengetahui tebuan tua itu lebih setia kepada isterinya. Tidak seperti Pak Syeikh, isterinya setiap hari makan hati berulam jantung kerana kebuasannya. Pak Syeikh juga lupa walaupun bekas bosnya ini amat lantang bersuara dalam politik antarabangsa, namun tebuan tua itu terlalu pemalu dengan wanita semenjak zaman universitinya di Singapura.

Tidak ramai yang ingat siapakah dalang sebenar pembongkaran skandal Pak Syeikh, apabila semenjak diawal tahun 1998 lagi dua jaguh kekalutan negara, Karpal Singh (DAP) dan Mat Sabu (PAS) beriya-iya mencabar tebuan tua ini untuk mendedahkan skandal biseksual Pak Syeikh, tiada siapa pula yang mempersoalkan mengapa kini kedua-dua insan itu pula membela dengan mengatakan tebuan tua ini yang memfitnah. Malah orang yang mencabar ini juga yang menjadi chief peguambela pak Syeikh.

Pak Syeikh juga pernah terkantoi sebagai antara dalang utama fitnah apabila menjadi blog paling awal menyiarkal laporan palsu penulis GAY upahan sekutu yahudinya, Arnaul Dubus dari Perancis sudah terbocor kerana terlalu detail dan emotional melaporkan perihal pembabitan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya seperti Arnaul Dubus sendiri ada bersama Altantuya di saat kematiaannya. Kini.......siapalah agaknya dibelakang Barry Wine? Adakah kerja-kerja Hidden Hand?

0 Apa Pendapat Anda?:

About This Blog

Aku Che Moq. Aku mengendalikan blog Utusan Che Moq yang diutuskan dari aku kepada sesiapa yang sudi nak baca. Tak nak baca sudah. Tak paksa pun. Aku Tak Suka Anwar Ibrahim sebab dia pengkhianat bangsa dan agama. Kalau anda suka Al Juburi, jangan mengada-ngada nak buat hal dalam blog aku. Tak suka Anwar Berahi tak bermakna aku suka kerajaan di bawah Najib Razak. Aku juga tak suka ketua bintang tiga Nizar Jamaludin. So What?

Apa yang aku suka?

Saya Menulis

My Photo
My name is Che Moq. I'm nobody. Just a free citizen in Malaysia. Also not an agent for any agency, club or organization. I'm just Che Moq, the ordinary vicegerent of ALLAH swt, The God Almighty

Makluman

Perhatian : Che Moq sudah alihkan semua bloglist di laman Che Moq ke http://pena-picisan.blogspot.com untuk senarai lengkap ahli Blogger Pembela Negara dan lain-lain pautan blog.

  © Che Moq World Laman Che Moq v2.0 by Che Moq 2009

Back to TOP