Jan 1, 2010

The Last Patriach Of Shah Alam : Khalid Samad



Che Moq pernah mengulas isu Khalid Samad yang menyatakan kekesalan terhadap media internet menggelarnya 'Khalid Gereja' dan membandingkan dirinya dengan Saidina Umar Al Khatab dengan cuba memutarbelitkan kitab sejarah dan ayat Al-Quran.

Kini Khalid kembali mempertahankan dirinya dalam isu perintah mahkamah bahawa kemenangan penggunaan kalimah ALLAH bukanlah hak istimewa orang islam dan buletin kafir Herald dengan sahnya boleh mencetak artikel dengan kalimah ALLAH.


Mengapa Khalid dipersalahkan? Ya, kerana dialah ahli politik pas yang ISLAM pertama sekali menyokong dalam kenyataannya pada 28 Mac 2008. Dia jugalah ahli politik pas yang ISLAM lantang berceramah di gereja bagi menyatakan sokongannya terhadap kafir.

Dalam artikelnya, Khalid meyebut dimana agama lain juga menggunakan ALLAH merujuk kepada tuhan semesta alam. Jika itulah yang dimaklumkan, mengapa di Vatican City sebagai pusat dakwah khatolik tidak pernah menggunakan perkataan ALLAH merujuk kepada terjemahan God dalam segala urusan agama dan hanya di Malaysia sahaja kalimah ALLAH mahu digunakan? Khalid sangat suka memutarbelitkan ayat Al Quran. Mengenai ayat yang dikatakan Khalid bahawa :-

“Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”

Weh Khalid pelacur agama, nak bagi penerangan biar terang. Tu bukan merujuk kepada orang kafir juga menggunakan perkataan ALLAH. Itu ayat Al Quran suci surah Al Baqarah ayat 30 yang menyatakan kisah Uzair yakni nabi ALLAH yang bermaksud :-

"Orang-orang Yahudi berkata, 'Uzair adalah anak Allah"

Illah bermaksud tuhan. Alquran menceritakan tentang kisah kembalinya Uzair dari tidur 100 tahun ke pangkuan keluarga dan kaumnya (Bani Israel) sebagai mukjizat ALLAH. Uzair adalah satu-satunya penghafaz Taurat yang terpelihara. Pada mulanya Uzair dituduh pendusta. Setelah Uzair membuktikan dirinya menghafaz taurat, maka pendusta agama menyatakan ayat seperti yang diceritakan dalam surah Al Baqarah ayat 30 Al Quran. Pada ketika itu golongan yahudi masih menganuti keimanan mereka terhadap Allah melalui ajaran Nabi Musa, dan bukan kafir.

Di kenyataan kelima pula Khalid sekali lagi bermain dengan surah AL Quran sekerat-sekerat bila mana mengerat surah Al Maidah ayat 73 y
ang bermaksud :-

"telah menjadi kafir mereka yang mengatakan Allah adalah satu daripada tiga".

Mengapa Khalid tidak baca sepenuhnya :-


“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa (Surah al-Maidah ayat 73)

Sememangnya ayat ini tidak membantah penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible namun adakah ianya akan menjadi rosak akhlak anak-anak muslim apabila menyatakan kristian juga mempunyai ALLAH. Mereka mempunyai kepercayaan triniti yang bertentangan dengan islam.

Adakah kita mahu menyamakan ALLAH YANG MAHA ESA dari konsep ALLAH TRINITY ini dengan gelaran yang Khalid suka nyatakan "Tuhan ALAM SEMESTA" dari menyebut "ALLAHU AKBAR"

P/S : Khalid pernah menyatakan bahawa ingin menjadikan Shah Alam sebagai Kota Raya Islam kontemporari namun apa yang kita lihat kini tiada tambahan nilai islam pun yang Khalid majukan selain perkembangan kubur cina melewati batas tanah wakaf perkuburan islam, menyinari kota maksiat i-city dan juga pertambahan Kafe-kafe anasir komunis chin peng (rocket united dan old town white coffee). Maka eloklah Khalid menjadi Patriach Melayu (Bermaksud Penguasa Kota merangkap Paderi tertinggi) Shah Alam.

2 Apa Pendapat Anda?:

Panglima Perang Cyber January 1, 2010 10:24 PM  

selamat kembali che moq..

tulisan anda sudah lama ditunggu oleh rakan rakan BPN yg lain.

nampaknya semanga blogger kita sudah kembali seperti sebelumnya bahkan semakin hebat.

kerana kita semakin kuat ditentang...

dan dijadikan kambing hitam.

harap berterusan semangat che moq dan yang lain..

10 BUDAK HITAM January 7, 2010 7:26 PM  

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

About This Blog

Aku Che Moq. Aku mengendalikan blog Utusan Che Moq yang diutuskan dari aku kepada sesiapa yang sudi nak baca. Tak nak baca sudah. Tak paksa pun. Aku Tak Suka Anwar Ibrahim sebab dia pengkhianat bangsa dan agama. Kalau anda suka Al Juburi, jangan mengada-ngada nak buat hal dalam blog aku. Tak suka Anwar Berahi tak bermakna aku suka kerajaan di bawah Najib Razak. Aku juga tak suka ketua bintang tiga Nizar Jamaludin. So What?

Apa yang aku suka?

Saya Menulis

My Photo
My name is Che Moq. I'm nobody. Just a free citizen in Malaysia. Also not an agent for any agency, club or organization. I'm just Che Moq, the ordinary vicegerent of ALLAH swt, The God Almighty

Makluman

Perhatian : Che Moq sudah alihkan semua bloglist di laman Che Moq ke http://pena-picisan.blogspot.com untuk senarai lengkap ahli Blogger Pembela Negara dan lain-lain pautan blog.

  © Che Moq World Laman Che Moq v2.0 by Che Moq 2009

Back to TOP