Jan 7, 2010

Makan-Makan Politik....Saja-saja...

Semasa lepak di warung mamak di sebelah highway pantai baru, ternampak ahli AMK Shah Alam sedang lepak bersama group AMK di sini (PJ)..Kalau ramai-ramai ni mesti ada makna..Jadi siasatan pun bermula..Che Moq duduk di meja lain..Mana la setaraf dengan "orang kuat kerajaan selangor" termasuk seorang Ahli Majlis MBPJ yang berkelulusan PMR...Di meja berlainan Che Moq bersama 4 rakan termasuk seorang AJK AMK sini...

CM-Kenapa banyak banner dalam bakul motor kau?

X-Tu nak gantung kejap lagi..PKR buat majlis makan-makan..

CM-Makan-makan? sebab apa?

X-Buat jamuan rakyat..Saja-saja..

CM-Mana ada parti buat makan saja-saja..Mesti ada sebab..

X-Jamuan biasa je..Jangan lupa datang..Anwar Ibrahim pun datang.

CM-Hai? jamuan biasa pun dia datang? Rajin pulak?

X-Rasanya dia tak datang..Dia janji akan datang..Tp mcm biasa la..Ada je alasan tak datang nanti..

CM-Hai...ko perli boss nampak..

X-Dah biasa....jangan lupa datang malam hari jumaat..tolong potong-potong daging...

CM-Malas aku..datang makan sudah..lagipun aku tau ni jamuan cuak PKR dah goyang..pasal minggu lepas UMNO ada buat majlis kat dewan..Bukan aku tak nampak ahli majlis MBPJ round 3-4 kali tangkap gambar..katanya tak puas hati pasal permohonan majlis atas nama pertubuhan lain..

X-Yelah..Kau tau kan sejak Najib pegang selangor..ada saja program BN..

CM-Tapi buat makan-makan sebab politik yang kau sebut jamuan rakyat 'TANPA SEBAB' dan 'SAJA-SAJA' ni tak kira sebagai RASUAH ke? Kalau UMNO buat dah korang sabotaj kata rasuah hatta jamuan raya pun..

X..Err..

(Jamuan rakyat yang dimaksudkan adalah jamuan yang akan diadakan di perkarangan Flat PKNS, Taman Dato' Harun pada hari sabtu ini..Dalam banner Gambar Anwar diletakkan sebagai tarikan utama majlis..katanya BAKAL DATANG...Ada makna tu...)

Dalam perjalanan pulang minum-minum..ternampak mereka sedang buat kerja di simpang 3 depan pasar MBPJ Taman Datuk Harun..Naikkan banner program baru tu..tapi macam biasa la..buat dajjal jugak diaorang ni..banner UMNO letaknya 1 meter dari banner mereka pasang tadi "di usik" dari 3-4 kaki tingginya dari lantai turun mencecah tanah..ceh...tak caya pegi tengok sendiri...agaknya banner UMNO tu mengganggu "Anwar Dalam Banner PKR"

0 Apa Pendapat Anda?:

About This Blog

Aku Che Moq. Aku mengendalikan blog Utusan Che Moq yang diutuskan dari aku kepada sesiapa yang sudi nak baca. Tak nak baca sudah. Tak paksa pun. Aku Tak Suka Anwar Ibrahim sebab dia pengkhianat bangsa dan agama. Kalau anda suka Al Juburi, jangan mengada-ngada nak buat hal dalam blog aku. Tak suka Anwar Berahi tak bermakna aku suka kerajaan di bawah Najib Razak. Aku juga tak suka ketua bintang tiga Nizar Jamaludin. So What?

Apa yang aku suka?

Saya Menulis

My Photo
My name is Che Moq. I'm nobody. Just a free citizen in Malaysia. Also not an agent for any agency, club or organization. I'm just Che Moq, the ordinary vicegerent of ALLAH swt, The God Almighty

Makluman

Perhatian : Che Moq sudah alihkan semua bloglist di laman Che Moq ke http://pena-picisan.blogspot.com untuk senarai lengkap ahli Blogger Pembela Negara dan lain-lain pautan blog.

  © Che Moq World Laman Che Moq v2.0 by Che Moq 2009

Back to TOP