Menteri In Waiting..Wait..Wait...
Den hanyo pandai songlap duit pak mentuo dan rakyat..kalau bosan den buek modelling..
Kijo-kijo den sorah pada macai-macai..
Pagi-pagi kotak email sudah terisi dengan berita dari KPMU..Omak Aih....KJ kati dio bersedia bersidang di parlimen "bocor"? Semonjak masuk wataniah ni sentiaso bersedio...Hahaha.ha....Semenjak dua menjak ni kalau kita lihat Khairy berhati-hati memilih isu untuk disuarakan walaupun kebanyakannya Khairy lebih banyak ghaib dan tenggelam...Kes israel ekau tak nak pulak bising? Sedih yo tak dapek jadi menteri..Ekau jadi mengkarung ajo lah..
Che Moq 100% bersetuju cadangan Pak Jib untuk mengurangkan biasiswa kerajaan untuk program ijazah luar negara. Che Moq pun 100% apa yang dicatatkan TM. Suasana dan taraf hidup rakyat malaysia sudah berubah. Khairy yang kaya dan dari keluarga kaya anggap macam 99% rakyat malaysia papa kedana je...Ni bukan zaman P.Ramlee..Ni zaman Malaysia sebagai peneraju kepada negara-negara membangun...
Jika dahulu sukar untuk melihat rakyat memiliki sebuah televisyen warna 14 inci dan sebuah peti ais..kini di rumah sudah ada 2-3 biji tv dan peralatan elektrik mewah...Dahulu satu deretan rumah kos rendah hanya kelihatan kelibat 1 biji kereta saga atau toyota lama..kini satu rumah sekarang rata-rata sudah ada 3-4 biji kereta hinggakan jalan menjadi sempit serta rumah 2 bilik kini direnovate seperti banglo tersepit..Jika difikirkan hanya mengenai nasib pelajar miskin..mengapa perlu mengharapkan 100% biasiswa kerajaan? adakah di malaysia kekurangan funder oleh gergasi korporat yang sudi menaja? kerana kebanyakan produk-produk biasiswa ini juga diraih golongan miskin atau kaya tanpa mengira fahaman politik..Sudah tiba masanya kerajaan melepaskan sedikit tanggungjawab yang ada..Banyak syarikat konglomerat swasta atau GLC yang menawarkan biasiswa seperti MARA, PETRONAS, TM Berhad, ASTRO, SIME dan banyak lagi....
Ekau Ni Muko Malap Yo..Mesti Ekau Belajar Kek UM..Patut Eh Muko Ekau Malap..Masa Dopan Malap..
Ekau Amik Degree Low Class..
Den Dah Koba..Masuk Oxford Laie Baguih..
Tengok Muka Den Bersori Yo...Cerah Maso Depan Den...
Kijo Tak Payah Buek Pun Tapi Den Kayo Rayo..
Di malaysia sudah banyak institusi awam yang menawarkan program setaraf dengan ijazah luar negara..malaysia juga kini menjadi pilihan ramai pelajar luar negara sebagai pilihan lokasi pembelajaran...Apa bezanya Ijazah UiTM, UKM, UM dan UTM dengan Ijazah Oxford jika jika dilihat dari segi pasaran graduan universiti tempatan lebih banyak menyumbang kepada tenaga professional dalam perkembangan negara berbanding "sesetengah" graduan Oxford dan Cambridge yang hanya pandai bercakap dan dahulunya "duduk di kerusi empuk tingkat 4" sambil mencuri duit rakyat....
Tahukah Khairy kerana bapaknya kaya jadi dia tidak tahu kos biasiswa kerajaan untuk menaja seorang pelajar adalah lebih kurang RM150,000 - RM 250, 000 tanpa bayaran berbanding kos pinjaman PTPTN di IPT kebiasaannya RM15,000 - RM50,000 dan perlu dibayar balik sampai tua? Pernahkah pelajar IPTA dan IPTS tempatan merungut kerana tidak senasib dengan mereka yang ditanggung percuma? Adakah pernah terjadi pelajar cemerlang yang tidak mendapat biasiswa untuk belajar di luar negara mati dan melarat? Ada lebih baiknya RM250,000 itu diberi biasiswa kepada 5 orang pelajar IPT tempatan...jika kita mampu hasilkan 5 lulusan degree berbanding 1 dengan kos yang sama, mengapa tidak?
Hoi Shamsul Akin-cing..Sekarang Berat Den 95KG..Lepaih Ni Den Nak Masuk Wataniah..
Buleh Jadi Slim..Tak Payah Den Makan Jusmate Dr.Rozmey..
Jom la poie den masuk solja...
Mengapa Khairy bising-bising nak bela terutamanya "Oxford" dan "Cambridge"? Bangga diri ke? Bukan hanya di situ sahaja tajaan biasiswa kerajaan.. Penting sangatkah pembelaan universiti freemason dan yahudi tu? Kalau orang Malaysia terutamanya ISLAM mahu memboikot israel...Ada baiknya boikot 2 simbol universiti kebanggaan yahudi..mengapa perlu anak melayu dididik pensyarah yahudi jika kita sendiri bising-bising nak boikot israel. Pandai Khairy pilih isu..Hanya mahu mengulas isu yang dapat menaikkan sokongan undi muda..Dari banyak buat bising, baik buat kerja..Khairy seolah-olah memandang rendah kualiti universiti tempatan..Jangan sampai pengundi muda yang kini di bangku universiti bersama hutang PTPTN di bahu memboikot Khairy...Aduhai macam mana orang macam ni nak jadi menteri kalau belajar di 'universiti' paling atas di dunia tapi fikir macam belajar tadika kemas..
Betul ke sanggup bersidang parlimen atap bocor? baik bersidang kat bawah pokok macam kat Perak...
P/S :-
Lagi yang kita biasa maklum namun kita pandang sipi-sipi je macam tak perasan...Graduan tajaan kerajaan di luar negara le yang paling ramai melawan kerajaan...Masa dalam kontrak humang aih sonyap...kontrak abih nah kau masuk PKR, PAS dan DAP pastu fitnah kerajaan tak ada bagi sumbangan kepada rakyat..sedangkan dia ditanggung suku juta untuk diberi ilmu..
1 Apa Pendapat Anda?:
BDK2 NIE... ANTAR BELAJAR LUAR NEGARA LEPAS TU BALIK JADI PENGKIANAT PADA KERAJAAN... ATAS DASAR PEMBAHARUAN KONON... TANG ORG LAIN SURUH DIBAHARUKAN.. TANG DIRI SENDIRI SEBAT APE YANG PATUT... GAJI N ELAUN SEMUA AKU PUNYA... TAPI BILA NK BUAT DASAR KERAJAAN... SABOTAJ... KEJE TAK KEMANA POLITIK JER LEBIH.. UNDI BAGI PEMBANGKANG... ITU LA SELALUNYA BERLAKU.. BAIK KEJE KERAJAAN OR KEJE SWASTA.. BUKANNYA NK PERBETUL... DUK MELINGKUP LAGI ADE... KONON DIE SAJA YANG BETUL N BAGUS...
Post a Comment