Jun 13, 2010

PAS : Badut Akhir Zaman

Terbuka!

Sekarang dunia sudah moden. Semuanya mahukan keterbukaan. Tidak ketinggalan Parti yang mendukung keislaman, Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kini lebih terbuka dan moden. Asal penubuhan PAS adalah dari idea dikalangan ahli-ahli agama di dalam UMNO apabila golongan ulama ini gagal mendapat tempat dan kalah bertanding di dalam majlis kepimpinan parti serta kerana tidak berjaya untuk menjadikan UMNO sebagai parti nasinalis yang mendukung islam.

Namun kini segalanya berubah. PAS lebih nasionalis berbanding UMNO. Setelah lulusnya usul meminda Kelab penyokong PAS menjadi salah satu dari dewan himpunan membuatkan ianya kelihatan sedikit janggal menerusi namanya sebagai parti islam terbesar di Malaysia. Kebanyakan ahli dewan himpunan penyokong PAS adalah terdiri dari mereka yang bukan islam.

Dikatakan terdapat 20,000 penyokong berdaftar telah menyertainya walaupun angka itu di ragui. Pendapat dari kebanyakan pemimpin tertinggi PAS adalah amat dangkal sekali kerana menyangka dengan tertubuhnya dewan himpunan ini akan menarik minat bukan islam untuk menyokong idealogis PAS serta menarik undi walaupun terpaksa bergadai maruah.

Apa yang menariknya belum pun sebulan dirasmikan, pelbagai permintaan khas dan kuasa dituntut oleh mereka. Dari presiden hingga ke setiausaha. Dari hak memilih kepimpinan parti, kesamarataan keahlian serta hak untuk bertanding dalam pilihanraya semua sudah disuarakan mereka. Namun apakah ianya memberikan kredit tambahan 20,000 undi kepada PAS atau liabiliti kerana penurunan sokongan melayu islam 200,000 undi terhadap kewujudan dewan himpunan ini? Yang nyata PAS sudah mula terikut rentak DAP yang mahukan PAS menjadi parti berbilang "agama".


Kemimpinan Ulama' yang didukung PAS selama ini bakal tersungkur. Dengan wujudnya serpihan sayap yang merupakan bakal menjadi barah tahap 1 kepada kepimpinan ulama sedia ada ini dapat memberikan kelebihan kepada puak erdogan dalam PAS yang mendukung fahaman islam liberal. Sama-sama kita tinjau apa yang akan terjadi dengan kelibat bukan islam di dalam parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan hudud.

Jika ditakdirkan majoriti yang menang di dalam PRU 13 nanti adalah dari kalangan bukan islam dari DHPP ini, adakah ianya bakal merobek maruah PAS sebagai parti islam atau pas akan melaungkan kebanggaan bahawa orang bukan islam menerima PAS walau hakikatnya ramai calon PAS yang islam kecundang...

Sebelum diminta, bukakan lah laluan kepada DHPP ini satu kerusi naib presiden seperti yang dipinta dewan muslimah agar satu kerusi naib presiden dikurniakan kepada muslimah..nanti dah diminta DHPP ni banyak pula kontroversi hinggakan guan eng perlu campur tangan.

Apa yang mahu dibuktikan PAS?

PAS bukan parti PERKAUMAN?

PAS parti UNIVERSAL?

PAS mahukan pembaharuan merentasi AGAMA? BANGSA? dan BUDAYA?

2 Apa Pendapat Anda?:

Anonymous,  June 13, 2010 6:40 PM  

Tunggu dalam 1 ke 2 tahun ini akan ada desakan dan perintaan yang menusuk sampai ke ulu jubo PAs sesuatu yang dibanggakan hari ini akan menjadi barah peringkat kritikal....Ingat Puak Erdogan tunggu masa yang sesuai untuk merampas kuasa dalam PAS huhuhuh....Masa tu nasi dah jadi bubur......Tungguuuuuuuuu......

Panglima Perang Cyber June 13, 2010 6:51 PM  

Che Moq kembali !!!

lama tak baca tulisan che moq

alhamdulillah ketika ada bberapa blogger mengundur diri blogger spt che moq telah kembali.

harap dpt kita teruskan misi siber hingga berjaya.

About This Blog

Aku Che Moq. Aku mengendalikan blog Utusan Che Moq yang diutuskan dari aku kepada sesiapa yang sudi nak baca. Tak nak baca sudah. Tak paksa pun. Aku Tak Suka Anwar Ibrahim sebab dia pengkhianat bangsa dan agama. Kalau anda suka Al Juburi, jangan mengada-ngada nak buat hal dalam blog aku. Tak suka Anwar Berahi tak bermakna aku suka kerajaan di bawah Najib Razak. Aku juga tak suka ketua bintang tiga Nizar Jamaludin. So What?

Apa yang aku suka?

Saya Menulis

My Photo
My name is Che Moq. I'm nobody. Just a free citizen in Malaysia. Also not an agent for any agency, club or organization. I'm just Che Moq, the ordinary vicegerent of ALLAH swt, The God Almighty

Makluman

Perhatian : Che Moq sudah alihkan semua bloglist di laman Che Moq ke http://pena-picisan.blogspot.com untuk senarai lengkap ahli Blogger Pembela Negara dan lain-lain pautan blog.

  © Che Moq World Laman Che Moq v2.0 by Che Moq 2009

Back to TOP